Disclaimer
Hello , you've visited to my blog, follow this blog to read the latest update, no spamming, no harsh word and childish act on my cbox, just leave your link there. I you don't mind, follow this blog and I'll follow back. If you mention me at cbox. Thank you
Owner
Hello, my name is Shahadatul Syzwani. Call me Atowl. I love to eat a lot. Love to crying. Like travelling.
Leave your footprints
URL blog not email
Put ur link correctly
No harsh words please?
|
30 sikap aneh perempuan yang lelaki perlu tahu
Wednesday, 28 August 2013
0 notes
1 Apabila seseorang gadis mengatakan yang dia sedang bersedih tetapi dia tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2 Apabila gadis yang kamu cintai tidak menghiraukan diri kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3 Seorang gadis tidak suka mencari perkara-perkara yang tidak disukainya pada orang yang paling disayanginya. Sebab itulah perempuan lebih mudah patah hati bila hubungan cintanya terputus di tengah jalan berbanding dengan lelaki.
4 Sekiranya seorang gadis jatuh cinta dengan seorang lelaki, percayalah, hanya lelaki itu sahaja yang sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5 Hati seorang gadis akan mudah menjadi cair seperti coklat andai lelaki yang disukai dan dicintainya merenung tajam ke dalam matanya.
6 Setiap gadis sukakan pujian tetapi tidak tahu bagaimana untuk menerima pujian.
7 Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut dan jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang gadis yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.
8 Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari kamu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Kemudian, sekiranya kamu masih ingin menganggapnya sebagai kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9 Si gadis suka meluahkan isi hati mereka. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah untuk meluahkan isi hati mereka.
10 Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna.
11 Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood gadis tersebut.
12 Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respons positif misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat tetapi sebaik sahaja talian dimatikan dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai 10 minit semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13 Sekuntum senyuman memberi seribu erti pada perempuan. Jadi jangan senyum sembarangan.
14 Jika kamu menyukai seorang perempuan, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian, biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15 Jika seorang gadis memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
16 Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.
17 Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini dari awal.
18 Sekiranya kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
19 Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
20 Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.
21 Satu ucapan “Hi!” saja sudah cukup menceriakan hatinya.
22 Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
23 Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata berniat untuk tackle kawan mereka yang paling cantik.
24 Seorang gadis menganggap cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagian tanpa sebarang kompromi.
25 Semua gadis mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
26 Senjata seorang gadis ialah air mata.
27 Setiap gadis pasti suka dan gembira jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
28 Seorang gadis akan mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, pada lelaki kalau nak memikat pandai-pandailah.
29 mudah je mengambil hati seorang gadis kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
30 Perempuan setinggi mana pun egonya atau setinggi mana pun dia berada namun dia tetap akan tewas dengan cinta seorang lelaki.
p/s: kopipasta :)
COMMENT THIS POST

About The Author
BASIC INFORMATION
Hello people.
Nama saya Shahadatul Syzwani Binti Salim. Kawan-kawan sekolah selalu panggil Atowl je. Saudara-mara selalu panggil Wani. Korang nak panggil apa pun takpe. Tak kisah, asalkan panggilan yang baik lagi cantik like Princess, Manja, Sayang or what takpe lah. Hahaha, perasan je. Saya mula melihat dunia pada 11/02/1997 dan dilahir di Hospital Jitra, Kedah. *Ceq oqang Kedah cik kak, cik abg oi* Hahaha. Tapi, sekarang sudah menetap tetap di Batu Maung, Penang. Saya menuntut ilmu di Sekolah Menengah Batu Maung. Sekarang saya berusia 16 tahun. Next year, 17 tahun. Kena ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). You scaring me, you know? Hahaha, saya pelajar aliran akaun dan perdagangan. *Berdagang sakan*. Hobi saya waktu lapang ialah mendengar muzik, twitting, blogging, texting, menonton televisyen dan shopping. My ambition is I like to be Accountant, kalau lebih spesifik lagi Pegawai Bank.
Saya anak pertama daripada lima beradik actually tapi, seorang telah kembali ke rahmatullah semasa lahir. Allah lebih sayangkan dia. Saya bersyukur kerana di kurniakan seorang ibu yang penyayang lagi pandai memasak dan seorang ayah yang bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh mencari nafkah untuk keluarga. Ibubapa saya bukan orang berada mahupun bekerjaya. Orang biasa-biasa saja.
Saya telah mempunyai seorang kekasih hati yang jujur lagi setia. Walaupun dia tak sekacak 'King', tak sehebat 'Aaron Aziz', tak pandai memujuk tapi dia cukup sempurna di mata saya. Kami telah membina perhubungan ini selama 1 tahun lebih. Bermula 11/05/2012. Waktu itu kami kelas sama. Dari itu, saya mengambil kesempatan untuk mengorat dia, bukan dia mengorat saya. Dah macam perigi mencari timba kan? Tak kisah, asalkan saya bersyukur dapat dia. Sebab dia tak macam lelaki yang aku pernah kenal dulu. Harap hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. Amin~
Benda yang paling saya tak suka di dunia ialah ular, katak or binatang lain yang bersisik dan badan lembik. Eiiuww~ Hahaha. Gediknya. Saya tak suka copycats, haters, hackers, backstabbers, k-poppers, orang yang tak respect saya, orang yang tak respect orang tua or ibubapa diorang, orang yang suka tiru gaya saya, orang yang suka berbohong, orang yang tak mengaku kesalahan diri sendiri, orang yang ajet-ajet hotssss. What the fish! -..-
Benda yang saya paling suka dalam dunia ialah suara minion comel tu. Daripada saya sedih, boleh ketawa bila dengar minion gelak. Hahaha, comelnye. Saya suka masakan mak saya (best dishes ever in the world), rilakkuma bear, orang yang baik, orang yang pandai ambil hati, orang yang memahami, travelling, snookerling, hiking, jungle trekking and anyelse. Banyak sangat lah. Hahaha.
Kbye :)
CONTACT ME
Facebook
twitter
|
| |